Berita

Laporan STPM 2017

Pencapaian STPM 2017 merupakan pencapaian yang terbaik dalam sejarah STPM SMK Menglembu.  Calon sekolah ini telah memperolehi 100% lulus dalam peperiksaan tersebut. Selain itu, PNGK 3.14 merupakan pencapaian terbaik sejak sekolah menubuh kelas tingkatan enam pada tahun 2006.  Keputusan yang cemerlang telah menyebabkan SMK Menglembu menduduki tempat kedua di  daerah Kinta  dan tempat ke 6 di peringkat negeri Perak .  Dari segi pencapaian individu , seorang pelajar yang bernama Lee Yun Li telah memperoleh 5A dalam peperiksaan tersebut.   Pencapaian ini juga merupakan pelajar pertama yang mendaoat 5A dalam sejarah STPM sekolah.   Dua orang pelajar yang bernama Lee Xiao Qian dan Foo Mee Kee juga memperoleh 4A dalm peperiksaan tersebut. Menurut kata Cik Teng Saw See, beliau sangat berpuas hati dengan pencapaian cemerlang dalam perperiksaan tersebut dan beliau berharap semua warga sekolah akan bertambah gigih dan berusaha untuk meningkatkan pencapaian pada masa-masa yang akan datang!